Kejayaan Oriental Kopi di Indonesia dan Mauritius ditentukan menerusi pelaksanaan operasi - Penganalisis

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kejayaan Oriental Kopi di Indonesia dan Mauritius ditentukan menerusi pelaksanaan operasi - Penganalisis Image from: Kejayaan Oriental Kopi di Indonesia dan Mauritius ditentukan menerusi pelaksanaan operasi - Penganalisis amree07/08/2026 - 12:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 OgosOriental Kopi Holding Berhad mengambil langkah penting memperluaskan jenama ke Indonesia dan Mauritius, sekali gus membuka ruang pertumbuhan di peringkat antarabangsa.

 

Bagaimanapun ujar penganalisis, kejayaan strategi itu ditentukan kepada kemampuan pelaksanaan operasi cawangan serta rangkaian di dua negara tersebut perlu mampu menjana keuntungan secara mampan.

 

MBSB Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap sahamnya dan menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM1.15 daripada RM1.06 sesaham, dengan menilai potensi pasaran negara berkenaan sebagai positif.

 

"Kami melihat pengembangan ke luar negara mengukuhkan prospek pertumbuhan jangka panjang Oriental Kopi, tetapi inisiatif ini tidak dijangka memberi sumbangan material kepada hasil FY26," jelasnya.

 

Menurut firma itu, pelaburan awal menerusi usaha sama (JV) di Indonesia dianggarkan hanya RM1.96 juta, sekali gus mengehadkan pendedahan modal ketika memasuki pasaran pengguna yang lebih besar.

 

Namun MBSB Research menilai struktur JV 40:60 itu mengurangkan risiko kemasukan ke pasaran dengan memanfaatkan kepakaran operasi serta rangkaian rakan kongsi tempatan, PT Era Boga Nusantara.

 

Oriental Kopi_DagangNews2026

 

Sementara model francais di Mauritius pula jelasnya, dijangka menjana pendapatan berulang menerusi fi francais dan royalti tanpa memerlukan sebarang komitmen modal yang besar daripada Oriental Kopi sendiri.

 

"Justeru, kami mengekalkan unjuran keuntungan kerana dua inisiatif ini hanya menyumbang hasil dalam tempoh jangka sederhana apabila tekanan kos pekerja, dan sebagainya mula berkurangan," katanya.

 

Dalam pada itu Apex Securities pula mengekalkan saranan 'pegang' dan TP RM1.04 sesaham kerana operasi di luar negara belum tentu menyumbang keuntungan sebelum diberikan penilaian yang lebih tinggi.

 

Strategi pengembangan menerusi dua pendekatan berbeza dilihat seimbang dengan membolehkan Oriental Kopi berkongsi risiko dan memanfaatkan rangkaian tempatan selain menjana pendapatan berulang.

 

Komitmen modal sekitar RM1.96 juta bagi JV di Indonesia adalah kecil berbanding kedudukan tunai bersih syarikat, manakala pengembangan di Mauritius tidak memerlukan sebarang pelaburan modal.

 

"Kami tidak membuat sebarang perubahan terhadap unjuran keuntungan kerana kedua-dua pengembangan tersebut dijangka tidak memberi impak material kepada pendapatan FY26," jelas Apex Securities.

 

Ujarnya, kejayaan di dua negara itu akan menjadi penentu utama prospek jangka panjang Oriental Kopi bagi memperluaskan jenamanya ke pasaran antarabangsa yang lain. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved