Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik hampiri gelaran kedua

23 Aug 2026 • 12:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik hampiri gelaran kedua

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghampiri gelaran dunia kedua selepas melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, India.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi sebentar tadi, pilihan keempat kejohanan itu mengetepikan cabaran juara bertahan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae menerusi aksi straight-set 21-17, 21-18.

Walaupun berdepan pilihan utama kejohanan, namun Aaron-Wooi Yik yang kembali bergandingan bagi menghadapi Kejohanan Dunia menampilkan aksi cukup cemerlang apabila menerapkan corak permainan menyerang.

Perlawanan itu boleh dianggap berlangsung dalam keadaan cukup seimbang apabila kedua-dua beregu tidak dibezakan dengan jurang mata yang besar selain saling bertukar servis dan membalas serangan.

Pada set kedua, Aaron-Wooi Yik berdepan kemungkinan diheret ke set ketiga apabila Won Ho-Seung Jae melakukan kebangkitan daripada ketinggalan 11-14 untuk mendahului 18-17.

Bagaimanapun, anak-anak buah Herry Iman Pierngadi itu tidak mudah panik dan berjaya mengekalkan fokus sebelum kembali mengutip mata demi mata, seterusnya memastikan kemenangan berharga.

Menjelang perlawanan akhir nanti, Aaron-Wooi Yik akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang dan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik menjadi pemain badminton pertama negara memenangi Kejohanan Dunia selepas menewaskan pasangan legenda Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 pada edisi 2022 di Tokyo, Jepun. – KOSMO! ONLINE

The post Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik hampiri gelaran kedua appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved