
Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpaskan Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-11, 21-17 mara separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2026, hadapi Kim-Seo esok
KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2026 di New Delhi, India selepas menumpaskan wakil China Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi itu, pasangan ranking keempat dunia berkenaan tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-11 21-17.
Menanti Aaron-Wooi Yik di separuh akhir esok adalah pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Won Ho-Seung Jae mara selepas menumpaskan pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-16, 21-16.





