Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik mula langkah kanan

18 Aug 2026 • 9:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik mula langkah kanan

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuktikan gandingan mereka masih berbisa apabila meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, India.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi hari ini, bekas juara dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan tiga set 15-21, 21-11, 21-18 ke atas Peeratchai Sukpun-Pakkapon Teeraratsakul dari Thailand.

Walaupun sudah bertukar pasangan sebelum ini, namun kembali bergandingan bersama Wooi Yik di Kejohanan Dunia memberi makna cukup besar buat Aaron, lebih-lebih lagi mereka dilihat mampu bermain seperti biasa.

“Pertukaran pasangan itu memang merupakan perancangan jurulatih kerana mereka mahu tengok sama ada kami mampu tampilkan aksi lebih baik ataupun tidak bersama gandingan baharu. Kami datang ke sini tanpa tekanan dan hanya fokus untuk menikmati permainan.

“Jurulatih ada cakap kejohanan ini mungkin menjadi kejohanan terakhir kami bersama, melainkan kami mampu memenangi Kejohanan Dunia dan layak ke Jelajah Dunia Akhir, jadi hanya mahu berikan yang terbaik,” kata Aaron.

Sementara itu, Wooi Yik mengakui berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan gandingan baharu selain menganggap ia sebagai pengalaman baharu selepas lama berpasangan bersama Aaron.

“Pada awalnya memang agak sukar kerana ditukarkan secara tiba-tiba. Bagi saya, ini adalah pengalaman baru untuk saya selepas bertukar pasangan, jadi kita tunggu dan lihat bagaimana pelan ini berjalan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik mula langkah kanan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved