Kekacauan ganas di Milan berlarutan, 160 ditahan

19 Oct 2026 • 11:17 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kekacauan ganas di Milan berlarutan, 160 ditahan

ROM, 19 OKT: Kekacauan ganas tercetus di bandar raya Milan, utara Itali, untuk hari kedua berturut-turut dengan sekumpulan anak muda bertopeng memecahkan cermin tingkap premis perniagaan serta menjarah kedai dan pasar raya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan agensi berita Itali, ANSA pada Ahad.

Kumpulan anak muda itu, yang kebanyakannya berpakaian serba hitam, menyasarkan premis perniagaan di sekitar Piazza del Duomo (Cathedral Square) di pusat bandar raya itu. Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air serta menahan sekurang-kurangnya 160 orang, dengan kira-kira 80 peratus daripada mereka merupakan individu bawah umur, menurut laporan itu.

Pertempuran sengit turut berlaku di Milan dan beberapa bandar utama Itali yang lain pada Sabtu di luar kawasan demonstrasi aman yang diadakan bagi membantah kos sara hidup yang tinggi. Media Itali membandingkan kejadian itu dengan rusuhan ganas di Perancis.

Perdana Menteri Giorgia Meloni telah memanggil satu mesyuarat bersama pegawai keselamatan yang dijadual berlangsung di pejabatnya di Rom pada Isnin.

"Saya telah memanggil satu mesyuarat mengenai ketenteraman awam di Palazzo Chigi esok bagi menilai keadaan dan membincangkan langkah selanjutnya terhadap mereka yang mengambil kesempatan daripada demonstrasi yang sah untuk mencetuskan keganasan dan kekacauan," katanya seperti dipetik ANSA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved