Kekal Atau Tidak Dalam Kerajaan Perpaduan, Perwakilan DAP Tentukan 16 Ogos Ini - Loke

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 9:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kekal Atau Tidak Dalam Kerajaan Perpaduan, Perwakilan DAP Tentukan 16 Ogos Ini - Loke

Kekal Atau Tidak Dalam Kerajaan Perpaduan, Perwakilan DAP Tentukan 16 Ogos Ini - Loke

DAP bakal mengadakan Persidangan Kebangsaan Khas pada 16 Ogos ini bagi membolehkan perwakilan menentukan pendirian parti sama ada kekal atau tidak bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata dalam sidang media selepas mesyuarat Ahli CEC DAP malam tadi.

Katanya, lebih 4,000 perwakilan yang hadir akan menentukan usul yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam persidangan berkenaan.

"Usul itu akan ditentukan oleh perwakilan. Sama ada kekal atau tidak dalam kerajaan sampai akhir tempoh penggal ini.

Baca juga:

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan para perwakilan untuk membuat keputusan," katanya.

Tambahnya, parti memberi kebebasan mutlak kepada perwakilan untuk menentukan hala tuju DAP tanpa dipengaruhi pendirian rasmi kepimpinan.

"Semua perwakilan akan dibekalkan kertas undi rahsia, bukan (melalui kaedah) angkat tangan. Jadi CEC mengambil keputusan supaya kita tidak mengambil satu pendirian rasmi.

"Memang ada pelbagai pandangan dalam CEC, tetapi itu pandangan peribadi anggota. Saya tidak mahu mempengaruhi keputusan perwakilan," katanya.

Sebelum itu, Loke mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved