
Memiliki wajah yang awet muda sememangnya satu anugerah! Ramai diantara kita, para wanita khususnya mengimpikan wajah yang awet muda sehingga ramai yang berhabis duit dan sanggup melakukan rawatan wajah bagi mengekalkan kejelitaan. Ianya bukanlah sesuatu yang negatif, tambahan pula di era serba moden ini ianya memang sesuatu yang tidak asing lagi. Kembali pada tajuk, ini sebahagian dari artis wanita tempatan yang selalu menjadi tumpuan dan dipuji ramai kerana wajah mereka yang awet muda dan langsung tak dimamah usia. Pendek kata, dari awal kemunculan mereka sehingga kini wajahnya masih sama saja tau!

1 - Vanidah Imran, 49 Tahun
Bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 50 pada 1 Oktober, nama Vanidah atau Vanida Imran ini memang cukup dikenali ramai. Berdarah kacukan India Muslim & Jawa, Vanida yang dilahirkan di Pulau Pinang ini memang terkenal dengan wajah ayunya. Beliau pernah memenangi gelaran Miss Photogenic menerusi pertandingan Miss World Malaysia 1993. Dalam pertandingan sama juga Vanida telah berjaya menyandang gelaran Naib Juara.

2 - Fauziah Latiff, 52 Tahun
Memulakan kerjayanya dalam industri hiburan sejak tahun 1986, Tentunya ramai yang tahu atau pernah dengar lagu-lagu nyanyi Fauziah atau nama penuhnya Siti Fauziah Binti Sheikh Abdul Latiff ni kan? Banyak lagu beliau yang menjadi siulan dan digemari ramai, antaranya adalah ‘Setia Ku Korbankan’, ‘Teratai Layu Di Tasik Madu’ dan ‘Dia’. Penyanyi lagenda ini berdarah kacukan Melayu dan Arab, Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Gee ini juga sering mendapat pujian dari warga net kerana memiliki wajah yang jelita.

3 - Maria Farida, 54 Tahun
Berdarah kacukan Melayu dan Filipina, nama Datin Sri Maria Farida Atienza memang selalu menjadi bualan ramai. Tambahan pula beliau sangat aktif di media sosial, setiap kali berkongsikan foto atau video terkini dirinya Datin Maria akan dipuji ramai kerana wajahnya memang tak tua tua!

4 - Ziana Zain, 55 Tahun
Digelar sebagai Jennifer Lopez Malaysia, tidak dinafikan wajah si jelita Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Binti Zain ini memang seiras dengan JLO! Memulakan kerjayanya sejak tahun 1989, sepanjang keberadaan beliau didalam industri seni Malaysia, Ziana memang banyak menyandang dan memenangi anugerah. Baik dalam kerjaya nyanyian mahupun lakonan. Bukan sahaja cantik, beliau juga memang berbakat besar!

5 - Ella Aminuddin, 57 Tahun
The one and only Ratu Rock Malaysia, tak lain tak bukan tentunya Ella. Beliau cukup terkenal dengan karakternya yang manja! Meskipun sudah berusia 57 tahun, Ella masih kekal jelita dan bertenaga seperti berusia 20an. Beliau juga antara artis yang dilabel vampire kerana wajahnya yang langsung tak dimamah usia. Tetap cantik dan vogue!
KHABAR PAWANA adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


