Kelancaran di pelabuhan jadi agenda mesyuarat Andi, JKDM

29 Jan 2024 • 12:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah baru-baru ini.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah RMC Sabah Datuk Haji Mohd Nasir Deraman.

Mesyuarat ini antara lain membincangkan kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kastam dalam memastikan kelancaran kemasukan barangan di pelabuhan.

“Dalam usaha memastikan operasi di pelabuhan berada pada tahap optimum, usaha menambah baik kemudahan Pelabuhan Sabah antara perkara yang diketengahkan.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Buat masa ini, hanya dua tongkang pukal kering tersedia di Pelabuhan Sabah dan penambahan perlu dilakukan segera,” katanya.

Mesyuarat ini turut membincangkan usaha menjenamakan semula istilah “perdagangan tukar barang” di Pelabuhan Tawau agar lebih relevan dan komersil mengikut peredaran zaman.

Andi berkata Pelabuhan Tawau mempunyai potensi besar dalam “perdagangan tukar barang” tetapi perlu digerakkan sebagai persediaan untuk pembukaan ibu kota baharu Indonesia, Kota Nusantara.

Pertemuan itu diharap dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Jabatan Kastam Zon Sabah di samping kerjasama erat akan diteruskan pada masa hadapan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.