Kelantan City harap momentum kemenangan, semangat berterusan

3 Sep 2026 • 4:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kelantan City harap momentum kemenangan, semangat berterusan

KOTA BHARU: Kelantan City FC berharap momentum kemenangan pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi berterusan bukan hanya untuk saingan Piala FA, malah bagi aksi Liga A1 Semi Pro serta lain-lain kejohanan.

Penolong Ketua Jurulatihnya, Wanderley Machado Da Silva Junior berkata, perkara paling menggembirakannya bukan kejayaan Kelantan City melakar kemenangan tetapi menyaksikan semangat juang yang dipamerkan oleh setiap pemain di atas padang.

Menurutnya, ia adalah semangat yang tidak dapat disaksikan pada perlawanan pembukaan Liga A1 sebelum ini yang menyaksikan Kelantan City sekadar seri 1-1 dengan Malaysian Universiti UiTM.

“Kita memang senang dan gembira apabila pemain-pemain membuktikan mereka layak untuk bersaing dalam pertandingan kompetatif. Bukan kerana mereka mengalahkan pasukan Liga Super atau mana-mana liga tetapi kerana mereka mempunyai semangat malam ini.

“Semangat positif yang mungkin tidak dapat dilihat pada perlawanan sebelum ini dan kita harap ia berterusan pada perlawanan-perlawanan berikutnya,” katanya Ketika ditemui selepas perlawanan pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Mengulas perlawanan malam tadi, beliau berkata kejayaan menghasilkan dua gol daripada serangan balas sebenarnya bukan perancangan awal pasukan tetapi barisan pemain dilatih bereaksi mengikut situasi dan memanfaatkan setiap peluang.

“Mungkin aspek ini tidak terlihat pada perlawanan pertama Liga A1 apabila kita sedikit santai tetapi malam ini pemain-pemain membuktikan hasil Latihan dijalani dan kita harap prestasi ini berkekalan.

“Motivasi dan komunikasi yang dapat disaksikan di padang malam ini adalah apa yang selalu kita lakukan dalam Latihan atau perlawanan pra musim dan kita mahu ia berterusan,” katanya.-UTUSAN

The post Kelantan City harap momentum kemenangan, semangat berterusan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved