Piala FA: NSFC akur kekuatan Kelantan City

FootballSports
3 Sep 2026 • 3:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala FA: NSFC akur kekuatan Kelantan City

TIADA sebarang alasan perlu diberikan oleh Negeri Sembilan FC (NSFC) terhadap kekalahan 0-2 kepada Kelantan City FC pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu malam semalam.

Pengendai NSFC, Daniel Gimenez Alcaniz berkata, realitinya Kelantan City FC tampil lebih bagus dan berhak untuk menang sedangkan skuad kendaliannya tidak melakukan apa yang sepatutnya.

“Mungkin kami terlalu yakin atau tidak menghormati lawan yang sepatutnya dihormati, namun bola sepak meletakkan semua orang di tempat sepatutnya. Kami kalah 2-0 dan kami mesti terima kekalahan itu.

“Tahniah kepada Kelantan City FC, tetapi mungkin pada perlawanan timbal balas nanti, kami akan memperoleh keputusan yang dimahukan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Beliau berkata, hujan lebat tidak boleh dijadikan alasan kerana semua pemain melalui pengalaman sama dan mereka perlu menyesuaikan diri dengan setiap situasi. – KOSMO! ONLINE

The post Piala FA: NSFC akur kekuatan Kelantan City appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved