Kelantan Jadi Negeri Pertama Anjur Pertandingan Menangis, Netizen Terhibur Dan Malu Sendiri!

LocalEntertainment
5 Feb 2025 • 2:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kelantan

Kelantan sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menganjurkan pertandingan menangis yang meraih hadiah RM500.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok expo.kelantan.event, kelihatan peserta lelaki dan perempuan berdiri di atas pentas sambil berusaha untuk mengalirkan air mata diiringi muzik sedih.

Juara ‘menangis’ dapat hadiah wang tunai RM500

Difahamkan, pertandingan menangis ini yang pertama diadakan di Malaysia. Sebelum ini, negara Indonesia pernah tular mengadakan pertandingan serupa.

Reaksi netizen: terhibur atau malu?

Seperti yang dijangka, pertandingan ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berpendapat ia satu hiburan unik dan tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru.

Pertandingan menangis jerik di Expo Kelate Pantai Irama Bachok malam ni.

Namun, rata-rata berpendapat ianya satu pertandingan yang memalukan kerana seseorang perlu bermain dengan emosi untuk menangis.

#OhmediaNasihat

Kalau dilihat dari sudut hiburan, mungkin ianya sangat melucukan. Iyalah, korang boleh tengok macam-macam mimik muka di atas pentas tu. Namun, dalam mengadakan pertandingan pastikan ia membawa nilai positif kepada peserta dan masyarakat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok expo.kelantan.event,


The post

appeared first on

.