Kelayakan Piala Asia: Perlu menang besar ke atas Guam, Shukor enggan letak tekanan

16 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kelayakan Piala Asia: Perlu menang besar ke atas Guam, Shukor enggan letak tekanan

Ketua jurulatih skuad B-16 negara, Shukor Adan, enggan meletakkan tekanan buat barisan pemainnya meskipun berdepan misi memburu kemenangan besar ke atas Guam dalam aksi kedua terakhir Kelayakan Piala Asia B-17.

Shukor menegaskan anak buahnya tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan berkenaan, yang menghuni kedudukan tercorot Kumpulan E tanpa sebarang mata dan 23 kali dibolosi dalam tiga perlawanan setakat ini.

Berdasarkan perkiraan semasa, Harimau Muda bukan sahaja wajib meraih tiga mata penuh, malah perlu berpesta gol di Cheras untuk terus kekal dalam perebutan gelaran juara kumpulan dan meraih tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-17 di Uzbekistan pada Mei tahun depan.

"Setakat ini Alhamdulillah, ada peningkatan motivasi selepas menang dengan Singapura," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Tetapi kita tidak boleh mengambil mudah perlawanan menentang Guam.

"Seperti yang saya selalu katakan kepada pemain saya, perlu melihat dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan esok adalah perlawanan penting buat kami.

"Kami perlu menajamkan sentuhan jaringan di depan gol kerana jurang jaringan dengan India dan Palestin agak banyak.

"Saya tidak meletakkan tekanan buat mereka. Saya mahu mereka bermain seperti biasa dan ikut apa yang sudah dirancangkan.

"Insya-Allah, semoga kami berjaya mendapatkan jaringan yang baik esok."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved