Sentuhan penyudah masih ‘hantui’ skuad B-16

16 Nov 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sentuhan penyudah masih ‘hantui’ skuad B-16

MASALAH penyudah masih menghantui skuad bawah 16 tahun (B-16) negara meskipun berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Singapura dalam aksi Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-17 2027 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Pengendali pasukan negara, Shukor Adan berkata, walaupun pemain masih bergelut untuk menukar penguasaan permainan kepada jaringan, beliau kekal gembira melihat kesungguhan anak buahnya untuk mengesahkan tiga mata.

“Pertama sekali Alhamdulillah syukur, akhirnya kami menang. Kalau kita lihat kepada kesungguhan, apa yang kami pelan, kami cuba lakukan yang terbaik. Tetapi, seperti perlawanan pertama, kita masih tidak dapat menjaringkan gol walaupun menguasai permainan.

“Saya harus memberikan kredit kepada pemain kerana mereka tidak kenal erti penat dan akhirnya berjaya menghasilkan gol pada minit terakhir,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Syaifullah Mahruzi meletakkan Malaysia di depan, namun disamakan oleh Ahmad Izzan Rifqi Ahmad Farid sebelum Fahim Akmal Zulkarnain muncul wira skuad negara dengan menghasilkan gol kemenangan di hujung babak kedua.

Bagaimanapun, Shukor memberi ingatan kepada pemain supaya mengelak sikap ‘lupa diri’ dan harus menjadikan kejayaan ini sebagai satu sejarah.

“Memang penting (raih kemenangan), kalau kita tidak menang, kita mungkin sudah tersingkir daripada perjuangan. Tidak boleh selesa sangat walaupun menang.

“Kita kena pastikan ini adalah sejarah, buka buku baharu dan paling penting komitmen pemain hingga perlawanan terakhir,” katanya.

The post Sentuhan penyudah masih ‘hantui’ skuad B-16 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved