Kelewatan projek pusat data di Johor ganggu YTL Power raih sasaran kapasiti 1.2GW, kata RHB Research

TechnologyBusiness & Finance
1 Jul 2026 • 11:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kelewatan projek pusat data di Johor ganggu YTL Power raih sasaran kapasiti 1.2GW, kata RHB Research Image from: Kelewatan projek pusat data di Johor ganggu YTL Power raih sasaran kapasiti 1.2GW, kata RHB Research amree01/07/2026 - 11:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 Julai — Isu kelewatan penyiapan projek pusat data (DC) di Johor, menjadi cabaran besar bagi YTL Power International Berhad apabila ia menyasarkan kapasiti keseluruhan mencecah 1.2GW.

 

Menurut RHB Research, kumpulan itu turut berdepan keperluan pemerolehan tambahan bekalan elektrik ketika syarikat tersebut mempercepatkan pengembangan perniagaan DC di Johor yang semakin pesat.

 

Firma itu namun yakin permintaan kukuh terhadap DC masih menyokong pertumbuhan jangka panjang dan mengekalkan saranan 'beli' sambil menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM6.00 daripada RM5.00.

 

"Penilaian ini mencerminkan potensi kenaikan 44%, disokong perkembangan lebih pantas segmen DC serta sumbangan lebih besar daripada Ranhill Utilities Berhad kepada YTL Power sendiri," jelasnya.

 

Sesi lawatan RHB Research ke Taman DC Hijau berkapasiti 600MW milik kumpulan itu di Kulai, Johor mendapati 298MW kapasiti sudah pun berjaya dikontrakkan dengan 70% pembinaan disiapkan setakat ini.

 

Bagi memenuhi permintaan tinggi, syarikat memulakan pembinaan tambahan 260MW, dan ini mendorong firma itu menaikkan unjuran kapasiti DC kepada 578MW menjelang FY28, berbanding anggaran 420MW.

 

YTL Power_DagangNews2026

 

Lebih menarik, YTL Power menyasarkan kapasiti keseluruhan di Johor sehingga 1.2GW, dua kali ganda berbanding sasaran asal, dengan anggaran mengikat kontrak 200MW kapasiti baharu pada setiap tahun.

 

"Sebagai sokongan, ia berunding perolehan tambahan 600MW bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), serta membina ladang solar berkapasiti 600MW di lokasi sama," kata RHB Research.

 

Selain itu, syarikat merancang mengembangkan perniagaan DC ke Lembah Klang, negara-negara ASEAN dan Britain bagi memanfaatkan kepesatan pertumbuhan permintaan global terhadap infrastruktur digital.

 

Sehubungan itu, firma berkenaan menaikkan unjuran keuntungan YTL Power bagi FY27 dan FY28 masing-masing 2% dan 6% susulan jangkaan sumbangan lebih besar serta pengembangan DC yang lebih agresif.

 

Nilai perniagaan DC bukan AI jelas RHB Research, turut dinaikkan kepada RM22 bilion berbanding RM11 bilion sebelum ini selepas kapasiti maksimum menjelang 2031 disemak kepada 1.1GW daripada 600MW.

 

"Bagaimanapun, kami mengingatkan isu kos bahan api, kelewatan menyiapkan DC baharu serta kegagalan bekalan elektrik tambahan boleh menjejaskan pertumbuhan diunjurkan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved