Keluarga dua kanak-kanak lemas diberi sokongan moral

LocalFamily & Parenting
11 Aug 2026 • 12:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Keluarga dua kanak-kanak lemas diberi sokongan moral
Muhammad Naqib

JOHOR BAHRU - Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui pihak sekolah diminta memberikan perhatian dan sokongan sewajarnya kepada keluarga dua kanak-kanak yang ditemui lemas di empangan Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang pada awal pagi Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, turut diberi perhatian adalah kebajikan serta keadaan emosi rakan-rakan sekolah yang terkesan.

“Intervensi psikososial melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling juga akan dilaksanakan mengikut keperluan bagi membantu murid-murid dan warga sekolah yang terkesan menghadapi situasi ini dengan baik.

“Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang akan terus memantau perkembangan kes dari semasa ke semasa serta mendapatkan maklumat dan pengesahan berkaitan hasil siasatan daripada pihak berkuasa melalui pihak sekolah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Beliau turut menzahirkan ucapan dukacita dan simpati kepada keluarga kedua-dua mangsa.

Pada masa sama, beliau menyeru kepada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau berkongsi berita palsu berkaitan kejadian ini.

“Dalam situasi seperti ini, kita perlu menghormati keluarga mangsa dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan sewajarnya,” katanya.

Semalam, Mohammad Haikal Ramzi Mohamad Khairudi, 12 dan Muhammad Adam Farish Arman, 11, ditemui lemas di empangan Pasir Gudang berikutan penemuan basikan serta beberapa barang peribadi mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved