Keluarga Izin Derma Organ, Bakti Terakhir Arwah Harith Bantu Enam Pesakit

LocalHealth & Fitness
28 Apr 2026 • 9:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Keluarga Izin Derma Organ, Bakti Terakhir Arwah Harith Bantu Enam Pesakit

Keluarga Izin Derma Organ, Bakti Terakhir Arwah Harith Bantu Enam Pesakit

Seperti yang kita tahu, tidak ada apa yang akan kekal di atas muka bumi ini. Malah, setiap insan pasti akan diuji oleh Allah SWT dan antara ujian yang paling berat adalah kehilangan orang yang tersayang.

Namun, di sebalik kematian itu, ia menjadi peringatan tentang nilai setiap amalan yang dilakukan ketika kita masih bernyawa.

Salah satu amalan yang sangat mulia ialah derma organ, iaitu salah satu bentuk kebaikan yang mampu memberi peluang kepada orang lain walaupun pendermanya sudah meninggal dunia.

Hospital Sungai Buloh hargai sumbangan arwah

Baru-baru ini, Unit Derma Organ dan Tisu, Hospital Sungai Buloh berkongsi mengenai salah seorang 'hero' yang menjadi penderma organ, Harith Aizuddin Salleh.

Menerusi perkongsian tersebut, Allahyarham dikatakan telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian pada 24 April.

"Bagi yang mengenali arwah, pemergian ini amat menyakitkan," kongsi pihak Hospital Sungai Buloh lagi.

Tambah hospital itu, ahli keluarga Allahyarham memilih untuk menjadikan pemergian Harith sebagai satu rahmat untuk insan lain dengan mendermakan tisu injap jantung serta kornea mata yang boleh membantu seramai enam orang pesakit.

"Semoga pengorbanan ini menjadi amal jariah yang mengalir berterusan buat arwah.

"Takziah kepada keluarga arwah dan terima kasih kerana mengajar kami tentang erti pengorbanan," tulis pihak Hospital Sungai Buloh lagi.

Baca juga:

Orang ramai titip doa buat Harith

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan kesejahteraan Allahyarham di samping turut menghargai pengorbanan besarnya itu.

"Kematian yang menghidupkan, semoga syurga buatmu," tulis salah seorang pengguna Facebook.

"MasyaAllah, hebatnya anak ini. Bertuahnya ibu ayahnya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan syuhada san solihin. Amiin," tulis seorang lagi.

"Allahuakbar, 6 orang kau selamatkan Harith Aizuddin. Ya Allah, masukkan arwah Harith Aizuddin ke daam taman-taman syurga yang mengalir air di bawahnya. Amiinn," tambah seorang lagi.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.