Keluarga Konstabel Raimi terima pampasan takaful RM72,500

12 Aug 2026 • 5:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Keluarga Konstabel Raimi terima pampasan takaful RM72,500

DUNGUN – Kesedihan keluarga Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 24, yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort, Sabah pada minggu lalu sedikit terubat apabila disantuni Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Saifuddin menyantuni ibu bapa anggota polis terkorban itu iaitu Ismarubee Ismail, 51, dan ibu, Nor Azila Zakaria, 46 di rumah keluarga mereka di Felda Kerteh 2, di sini.

Sewaktu meluangkan masa kira-kira 30 minit, beliau turut menyampaikan pampasan kematian Skim Takaful Berkelompak Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad berjumlah RM72,500 kepada keluarga Muhammad Raimi.

Selain itu, keluarga arwah turut menerima Tabung Kebajikan PDRM sebanyak RM1,200 serta sumbangan peribadi Saifuddin.

Kosmo! 8 Ogos lalu melaporkan Muhammad Raimi bersama dua rakannya, Koperal Chiu Teck Siong, 40, dan Koperal Muhamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik.- KOSMO! ONLINE

The post Keluarga Konstabel Raimi terima pampasan takaful RM72,500 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved