‘Keluarga tak boleh sama sekali dijadikan sasaran jika ada perbezaan politik’

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 9:42 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari berharap insiden yang menimpa anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang kaitan dengan unsur politik.

Menurutnya, jika sebaliknya yang berlaku, ia menggambarkan dunia politik negara sudah berada pada tahap yang berbahaya dan tidak sihat.

“Harapnya insiden ini tiada kaitan dengan politik. Namun, jika sebaliknya bermaksud dunia politik di negara ini sudah sampai ke satu peringkat yang bahaya. Dan ini sangat tidak baik untuk negara.

“Kita semua ada keluarga, dan keluarga tidak boleh sama sekali dijadikan sasaran jika ada perbezaan politik,” katanya.

Baca juga:

Beliau dalam masa sama mendoakan agar Rafizi dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan tersebut.

“Semoga saudara Datuk Seri Rafizi dipermudahkan urusan untuk menghadapi isu ini,” tambahnya.

Semalam, Rafizi memaklumkan anaknya berusia 13 tahun cedera selepas didakwa diserang seorang lelaki menggunakan jarum suntikan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.