Keluarga, waris kanak-kanak ini dicari

1 Jul 2022 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) di sini sedang mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki yang diserahkan oleh ibu kandungnya kepada seorang wanita pada 2019.

Pelindung Kanak-Kanak Daerah Nurhafiza Abdul Rahman berkata jabatan itu menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Fathi Farhan, yang dilahirkan pada 12 Jun 2019, diserahkan ketika berusia dua bulan oleh ibunya kepada Nir Atma Kijal.

“Ibu kandung itu bernama Noor Asiah, berbangsa Sungai yang menetap di Kampung Karamunting tidak dapat dihubungi sehingga hari ini.

“Penjaga kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis pada 18 Mei, 2022 berhubung kes ini.

“Jabatan sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016),” katanya.

Sehubungan itu, keluarga atau waris kanak-kanak berkenaan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung berkenaan diminta menghubungi Nurhafiza di 089-668494 atau 089-667821 untuk membantu siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.