Kemalangan di susur Lebuh Raya Persekutuan, trafik Subang sesak lebih dua jam

7 Oct 2026 • 9:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kemalangan di susur Lebuh Raya Persekutuan, trafik Subang sesak lebih dua jam

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya sekitar Jalan Lapangan Terbang Subang berdepan kesesakan luar biasa pagi ini apabila perjalanan menuju Subang Jaya dilaporkan mengambil masa lebih dua jam susulan satu insiden berhampiran susur keluar Lebuh Raya Persekutuan.

Menerusi kemas kini Astro Radio Traffic pada pukul 9.06 pagi memaklumkan kelewatan lebih dua jam dari kawasan Star Avenue Mall menuju Subang Jaya.

Situasi itu bertambah buruk berbanding kira-kira 20 minit sebelumnya apabila kelewatan perjalanan dari Ara Damansara ke Subang Jaya pada pukul 8.44 pagi dilaporkan sekitar sejam.

Kesesakan tersebut turut menyebabkan kenderaan hampir tidak bergerak di beberapa laluan sekitar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Seorang pengguna Threads, @hahanybunch berkata, perjalanan yang biasanya mengambil masa kira-kira 20 minit meskipun ketika sesak bertukar menjadi penantian panjang pagi ini.

“Saya keluar rumah sejam lalu. Biasanya untuk sampai ke tol Subang hanya mengambil masa maksimum 20 minit walaupun sesak.

“Tapi saya sudah tersangkut di sini entah berapa lama dan semua kereta macam sudah ‘parking’ sebab langsung tak bergerak. Apa yang berlaku?” katanya.

Seorang lagi pengguna, @madkimiii turut berkongsi keadaan trafik sesak dari Lapangan Terbang Subang menghala ke Ara Damansara sambil bertanyakan punca kesesakan luar biasa tersebut.

Dalam perkembangan terkini, Astro Radio Traffic memaklumkan insiden berhampiran susur keluar Lebuh Raya Persekutuan itu telah dialihkan, namun trafik dari arah Lapangan Terbang Subang masih sesak. – KOSMO! ONLINE

The post Kemalangan di susur Lebuh Raya Persekutuan, trafik Subang sesak lebih dua jam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved