Garmin Approach S72 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3599

TechnologySports
7 Oct 2026 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin telah melancarkan jam tangan pintar terbaharu, Approach S72 termasuk untuk pasaran Malaysia. Siri ini sememangnya memberi fokus kepada sukan Golf tetapi kali ini nampak moden berbanding generasi sebelumnya dengan rekaan lebih ringan, nipis, tahan lasak serta selesa dipakai.

Image from: Garmin Approach S72 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3599

Jam tangan ini hadir dalam dua saiz iaitu 43mm dan 47mm lengkap dengan skrin AMOLED, bezel titanium, kaca nilam serta tali fabrik. Antara sorotan utamanya ialah kemampuan memaparkan kadar degupan jantung seiring dengan skor permainan di samping lebih 43,000 padang golf dari seluruh dunia terbina.

Image from: Garmin Approach S72 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3599

Ia turut boleh merekodkan kelajuan tangan, panjang ayunan ke belakang dan putaran pergelangan ketika ayunan, serta menyediakan analisis melalui aplikasi Garmin Golf. Fungsi Green Reading dan Aerial Imagery turut ditawarkan namun akses penuh hanya boleh diakses dengan keahlian barbayar Garmin Golf.

Image from: Garmin Approach S72 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3599

Selain ciri khusus golf, Approach S72 turut menyokong fungsi kesihatan seperti pemantauan ECG, oksigen dalam darah, Training Readiness, tekanan, tidur dan bateri dalam badan. Kedua-dua model turut dilengkapi pembesar suara dan mikrofon terbina untuk menjadikannya jam tangan Golf terawal yang menyokong panggilan telefon serta arahan suara.

Image from: Garmin Approach S72 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3599

Model 47mm mampu bertahan sehingga 20 jam dalam mod golf dan 16 hari sebagai jam tangan pintar. Manakala model 43mm menawarkan sehingga 15 jam di padang dan 10 hari sebagai jam tangan pintar. Di Malaysia, Garmin Approach S72 dijual pada harga RM3,599 bagi kedua-dua saiz dengan jualan bermula 30 Oktober 2026 melalui pengedar sah Garmin Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved