Kemalangan dua buah lori, trafik Ipoh-Kuala Kangsar sesak lebih 7km

18 Sep 2026 • 11:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kemalangan dua buah lori, trafik Ipoh-Kuala Kangsar sesak lebih 7km

IPOH – Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan dari Ipoh menghala ke Kuala Kangsar mengalami kesesakan lebih tujuh kilometer (km) susulan kemalangan membabitkan dua lori sekitar pukul 8.50 pagi tadi.

Kemalangan di Kilometer 257.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar itu menyebabkan kedua-dua lori terbabit melintang di tengah lebuh raya, sekali gus mengakibatkan pergerakan trafik terhenti.

Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi aplikasi X memaklumkan, semua lorong arah utara di lokasi kemalangan masih terhalang setakat pukul 10.27 pagi.

Katanya, trafik arah utara mengalami kesesakan sepanjang tujuh kilometer, manakala kenderaan yang menuju ke arah utara dilencongkan keluar di Plaza Tol Ipoh (Selatan).

“Laluan kontra telah diaktifkan bermula di Kilometer 257.3 hingga Kilometer 256.2,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Plus turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dan mematuhi arahan pengalihan trafik bagi mengelakkan kesesakan bertambah buruk.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 8.58 pagi dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan dua lori itu turut menyebabkan seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu.

“Sehingga kini, kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kemalangan dua buah lori, trafik Ipoh-Kuala Kangsar sesak lebih 7km appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved