Kemalangan Maut Babit BYD: Bapa Mahu Tindakan Lebih Tegas Untuk Keadilan Arwah Adik Asiah

LocalFamily & Parenting
14 Oct 2026 • 12:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kemalangan Maut Babit BYD: Bapa Mahu Tindakan Lebih Tegas Untuk Keadilan Arwah Adik Asiah

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular video memaparkan kemalangan melibatkan sebuat kereta jenis BYD dengan beberapa kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur sehingga meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan, Asiah Ahmad Syahir berusia lima tahun.

Dalam insiden itu Perodua Beza yang dinaiki kanak-kanak terbabit telah dirempuh dari arah belakang oleh kereta BYD Seal yang dipercayai dipandu secara melulu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu BYD Terlibat Kemalangan Ragut Nyawa Kanak-Kanak 5 Tahun Dikesan Di Hospital Swasta [Video]

Bapa mangsa mahu tindakan lebih tegas terhadap pemandu untuk keadilan arwah anak

Terbaharu bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Ahmad Syahir Mohamad Nor Izam, 30, mahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas pemandu berkenaan.

Menurutnya ketika ini, dia serta isteri telah menerima takdir kehilangan anak perempuan mereka.

Walau bagaimanapun, pasangan ini masih berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keadilan ditegakkan.

“Kami serahkan semuanya kepada pihak berkuasa, sudah pasti kami mahu tindakan paling tegas dikenakan terhadap individu berkenaan,” ujarnya, lapor Utusan Malaysia.

Bapa dan ibu arwah Asiah masih bersedih, adik tercari-cari kakak

Sementara itu, Ahmad Syahir juga memaklumkan dia serta isteri masih lagi berada dalam keadaan bersedih apabila mengenangkan pemergian Asiah yang juga anak sulung daripada dua beradik.

Menurut bapa arwah lagi, adiknya yang berusia dua tahun turut sering tercari-cari Asiah walaupun belum lagi faham sepenuhnya perkara yang sedang berlaku.

Bapa masih belum bersedia menceritakan tentang insiden yang berlaku

Ahmad Syahir turut mengakui masih lagi belum bersedia untuk bercerita secara terperinci berhubung insiden yang telah meragut nyawa Asiah. Bahkan beliau masih memerlukan masa untuk menerima kenyataan tersebut.

“Ketika kejadian, anak saya berada di tempat duduk penumpang di bahagian belakang bersama adiknya. Apa yang berlaku terlalu pantas.”

Saksi insiden turut kongsi pengalaman

Terdahulu seorang saksi kepada insiden itu, Muhammad Auzaie berkongsi pengalamannya mengenai insiden tersebut.

Katanya, Allah menggerakkan hatinya selepas dia melihat seorang ayah (Ahmad Syahir) yang sedang memeluk erat anaknya sambil menangis serta meminta pertolongan untuk menghantar anak ke hospital.

Dia kemudian menawarkan diri untuk menghantar mereka ke hospital dengan hanya menunggang motosikal.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Lihat Seorang Ayah Sedang Memeluk Erat Anaknya Sambil Menangis” – Saksi Kemalangan Maut Babit BYD

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved