Nahas Jalan Kuching: CIMB zahir simpati, akan ambil tindakan sewajarnya

14 Oct 2026 • 12:40 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

CIMB mengeluarkan kenyataan berhubung kemalangan maut di Jalan Kuching yang meragut nyawa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

CIMB menzahirkan rasa dukacita susulan kemalangan tragis di Jalan Kuching yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun baru-baru ini, dipercayai membabitkan seorang kakitangan bank berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, CIMB turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa serta semua pihak yang terjejas akibat kejadian berkenaan.

“Kami amat berdukacita dengan insiden tragis dan kehilangan nyawa yang berlaku.

“Ingatan serta simpati kami bersama keluarga dan insan tersayang yang terjejas ketika menghadapi detik yang amat sukar ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, CIMB menegaskan pihaknya menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan akan terus memantau perkembangan kes berkenaan.

Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keperluan berdasarkan perkembangan kes tersebut.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, dikenali sebagai Asiah, maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang belakang sebuah Perodua Bezza mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kemalangan yang turut membabitkan lima kereta dan sebuah motosikal itu menyebabkan dua lagi individu cedera.

Susulan kejadian tersebut, keluarga mangsa turut menyuarakan hasrat menuntut keadilan atas pemergian kanak-kanak berkenaan.

The post Nahas Jalan Kuching: CIMB zahir simpati, akan ambil tindakan sewajarnya appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved