Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu

13 Sep 2023 • 12:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen sayu lihat bayi setahun cari ibu

Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu. Seorang kanak-kanak berusia setahun yang terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah lori dirakam merangkak keluar dalam keadaan selamat dari bahagian hadapan salah sebuah kenderaan itu yang remuk.

Berdasarkan rakaman video tular, kanak-kanak bernama Fatih Akbar itu dilihat merangkak keluar dari serpihan kemalangan sebelum berjalan ke arah ibunya, Sri Devi dalam kejadian yang berlaku di wilayah Lampung, Indonesia.

image is not available
Kemalangan Ngeri Dua Lori, Bayi Setahun Merangkak Keluar Dari Kenderaan Remuk Cari Ibu. Kredit: Kosmo

Detik melaporkan, Sri Devi ketika itu sedang berusaha untuk keluar dari pintu tempat duduk kelindan yang turut remuk.

Anaknya yang baru belajar berjalan itu kemudian menuju ke arahnya dengan memanjat beberapa serpihan nahas.

Dua buah lori dilihat terbalik dengan salah satu daripadanya berada dalam keadaan melintang di tengah jalan.

image is not available

Menurut Sri Devi, dia tidak menyedari bagaimana kemalangan itu berlaku kerana dia dan anaknya itu sedang tidur ketika kejadian.

“Saya juga tidak tahu Fatih tercampak ke luar kenderaan. Saya lihat dia sudah berada di luar (lori),” katanya.

Menurut Sri Devi, Fatih kini berada dalam keadaan baik meskipun mengalami beberapa kecederaan ringan.

Baca lagi artikel menarik: