Kemalangan ragut nyawa pelumba CKJ Racing

29 Aug 2026 • 8:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kemalangan ragut nyawa pelumba CKJ Racing

KUALA LUMPUR – Arena sukan permotoran negara berduka selepas pelumba pasukan CKJ Racing, Farres Putra Mohd. Fadhill meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan pada aksi CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia hari ini.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu itu, Farres terlibat dalam kemalangan di selekoh 3 ketika pusingan pertama perlumbaan.

Sebaik kemalangan berlaku, pelumba berkenaan menerima rawatan kecemasan daripada pasukan perubatan litar dan dikejarkan ke Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan insiden tersebut, perlumbaan ProAm yang sepatutnya berlangsung selepas itu terpaksa dibatalkan.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dalam satu kenyataan menzahirkan rasa dukacita selain merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Farres serta pasukan CKJ Racing atas kehilangan tersebut.

“MAM mengucapkan takziah kepada keluarga, orang tersayang, CKJ Racing serta komuniti sukan permotoran Malaysia atas pemergian pelumba, Farres Putra Mohd. Fadhill.

“Keadaan dan punca sebenar berhubung insiden berkenaan akan diteliti mengikut prosedur sukan dan keselamatan yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MAM juga meminta semua pihak memberikan ruang selain menghormati privasi keluarga Farres sepanjang tempoh sukar berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Kemalangan ragut nyawa pelumba CKJ Racing appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved