Pelumba CP150, Farres Putra meninggal dunia selepas kemalangan di Cub Prix Gong Badak

29 Aug 2026 • 9:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelumba CP150, Farres Putra meninggal dunia selepas kemalangan di Cub Prix Gong Badak

KUALA NERUS: Dunia permotoran negara dikejutkan dengan pemergian pelumba CP150, Farres Putra Mohd Fadhil, 18, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika perlumbaan akhir pusingan kelima Kejuaraan MAM Cub Prix 2026 di Litar Permotoran Gong Badak, di sini, hari ini..

Pelumba daripada pasukan CKJ Racing itu terbabit kemalangan di Selekoh 3 ketika perlumbaan baru bermula sebelum menerima rawatan kecemasan daripada pasukan perubatan di litar.

Farres Putra kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pelumba muda berkenaan disahkan meninggal dunia meskipun pasukan perubatan berusaha memberikan rawatan terbaik.

Berita pemergian Allahyarham turut dimaklumkan CKJ Racing menerusi kenyataan dalam media sosial yang menyifatkan Farres Putra bukan sekadar seorang pelumba, malah sahabat dan sebahagian daripada keluarga pasukan.

“Pemergianmu meninggalkan kesan yang amat mendalam buat kami semua. Terima kasih atas segala kenangan, semangat dan perjuangan yang telah diberikan,” menurut kenyataan tersebut.

CKJ Racing turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta memohon orang ramai mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. – UTUSAN

 

The post Pelumba CP150, Farres Putra meninggal dunia selepas kemalangan di Cub Prix Gong Badak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved