Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasmi telah memperkenalkan pilihan warna serta kemas kini terbaharu bagi tahun 2026 untuk model moped ikonik kegemaran Malaysia, Yamaha Y15ZR dan Y15ZR Special Edition (SE).
Langkah ini memberikan nafas segar kepada jentera yang sering digelar ‘Raja Jalanan’ ini, menjadikannya tampil lebih berani, sporty, dan kontemporari buat penunggang muda.
Yamaha Y15ZR Standard: Kini Dalam Warna Cyan Jade
Bagi varian standard, Yamaha Y15ZR kini tampil dengan warna baharu Cyan Jade bagi menggantikan pilihan warna Mecha Green sebelum ini. Warna baharu ini menggabungkan tenaga warna cyan dan karakter moden jade untuk imej yang lebih menyerlah.
Walau bagaimanapun, dua pilihan warna sedia ada iaitu Aqua Violet dan Blue Spark masih terus dikekalkan di pasaran.
- Harga Cadangan: RM 8,998.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans)
![Image from: [KEMAS KINI 2026] Yamaha Y15ZR Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade & Royal Maroon SE](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://twmedia.my/wp-content/uploads/2026/07/CJ_07-1024x716.jpg)
Yamaha Y15ZR Special Edition (SE): Lebih Premium Dengan Royal Maroon
![Image from: [KEMAS KINI 2026] Yamaha Y15ZR Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade & Royal Maroon SE](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://twmedia.my/wp-content/uploads/2026/07/Y15ZR-7-1024x767.jpg)
Untuk penunggang yang mahukan kelainan dan gaya yang lebih eksklusif, HLYM turut meluncurkan Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) dalam warna terbaharu, Royal Maroon.
Bukan sekadar warna kosmetik, varian SE ini turut dilengkapi dengan beberapa aksesori premium khas seperti:
- Sports Visor eksklusif untuk imej yang lebih dinamik.
- Yamaha Premium Basket yang praktikal untuk kegunaan harian.
- Port Pengecas USB Type-C terbina dalam bagi memudahkan penunggang mengecas peranti mereka ketika dalam perjalanan.
- Harga Cadangan: RM 9,498.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).
Dari segi mekanikal, kedua-dua varian ini masih mengekalkan spesifikasi enjin 150cc yang terbukti lasak dan bertenaga:
- Jenis Enjin: Silinder tunggal, penyejukan cecair, SOHC, 150cc.
- Kuasa Maksimum: 11.3 kW pada 8,500 rpm.
- Tork Maksimum: 13.8 Nm pada 7,000 rpm.
Kedua-dua model dengan pilihan warna baharu ini sudah boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Yamaha di seluruh negara.
Setiap pembelian sama ada varian Standard mahupun SE akan didatangkan bersama Kunci Cakera Keselamatan Yamaha (Safety Disc Lock) bernilai RM100.00 secara PERCUMA
![Image from: [KEMAS KINI 2026] Yamaha Y15ZR Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade & Royal Maroon SE](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://twmedia.my/wp-content/uploads/2026/07/2026_Y15ZR_SE_01-1024x724.jpg)
![Image from: [KEMAS KINI 2026] Yamaha Y15ZR Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade & Royal Maroon SE](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://twmedia.my/wp-content/uploads/2026/07/2026_Y15ZR_SE_02-1024x724.jpg)
![Image from: [KEMAS KINI 2026] Yamaha Y15ZR Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade & Royal Maroon SE](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://twmedia.my/wp-content/uploads/2026/07/Y15ZR_2025_leaflet_FrontBack-01.jpg-1-1024x730.jpeg)
![Image from: [KEMAS KINI 2026] Yamaha Y15ZR Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade & Royal Maroon SE](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://twmedia.my/wp-content/uploads/2026/07/Y15ZR_2025_leaflet_FrontBack-02.jpg-1-1024x730.jpeg)
The post [KEMAS KINI 2026] Yamaha Y15ZR Tampil Dengan Warna Baharu Cyan Jade & Royal Maroon SE appeared first on TW Media.




