![Image from: [KEMASKINI] Dua mangsa maut nahas Wira, Exora dikenal pasti](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/3cf87546-ac37-4c54-a72c-10da5a171570.jpeg)
PETALING JAYA – Dua mangsa maut dalam nahas membabitkan kereta Proton Wira dan Exora di Kilometer (KM) 18.2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Ke Kuala Lumpur di sini, malam tadi telah dikenal pasti.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.27 tengah malam itu, Proton Wira yang dinaiki empat individu dipercayai melanggar pembahagi jalan sebelum pemandunya tercampak keluar dan dilanggar Proton Exora.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kedua – dua mangsa yang maut maut dikenal pasti sebagai Muhammad Firdaus Md Rasid dan Irwan Shah Rosban, masing-masing berusia 20 tahun.
“Dua lagi penumpang kenderaan itu, Muhammad Adam Mukhriz Abu Sam, 19, dan Mohamad Aidil Yusof, 19, pula mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya hari ini.
Beliau berkata, tiga individu yang menaiki Proton Exora, membabitkan seorang wanita dan dua lelaki berusia antara 27 hingga 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, pasukan bomba telah menjalankan pemantauan di lokasi bagi memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat sebelum menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan Dua pemuda maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Penyajak U1/45B, Hicom-Glenmarie Industrial Park di sini, tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE
The post [KEMASKINI] Dua mangsa maut nahas Wira, Exora dikenal pasti appeared first on Kosmo Online.






