
KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol seorang wanita tempatan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, Sabtu lalu.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam ketika mangsa yang berusia lingkungan 20-an berada bersama teman lelakinya dalam situasi intim.
Suspek yang dipercayai warga Bangladesh itu didakwa merakam perbuatan pasangan berkenaan sebelum mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut sekiranya mangsa enggan mengikut arahannya.
Lelaki itu kemudian dipercayai mengarahkan teman lelaki mangsa meninggalkan lokasi sebelum merogol wanita berkenaan.
Mangsa dipercayai tidak mengenali atau pernah melihat suspek sebelum kejadian.
Bagaimanapun, pengesahan polis dan maklumat lanjut berhubung kejadian itu masih sedang diperoleh ketika laporan ini ditulis. - Getaran, 12 Oktober 2026






