Siri iOS 27 Akan Menjadi Aplikasi Kendiri, Antaramuka Baharu dan Sokongan Dynamic Island

TechnologyDigital
25 Mar 2026 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apakah evolusi seterusnya untuk pembantu maya Siri yang kini sudah berusia 14 tahun? Menurut laporan terkini Mark Gurman di Bloomberg, perubahan besar bakal dilakukan pada Siri menerusi iOS 27 tahun ini.

Pertama sekali Apple dilaporkan sedang menguji aplikasi chatbot Siri secara kendiri dan bukannya terbina terus pada sistem operasi. Siri akan berfungsi seperti aplikasi ChatGPT dan Claude. Seperti dua chatbot terkemuka ini, Siri boleh berinteraksi dengan pengguna menerusi teks serta arahan suara.

image is not available

Siri akan mempunyai antaramuka seakan iMessage dengan sejarah perbualan lampau boleh diakses dam terdapat saranan apakah yang boleh dibincangkan. Ia juga boleh melakukan rumusan dokumen yang dimuat naik, melakukan penilaian ke atas dokumen yang sama dan melakukan carian web. Kemampuan baharu ini membolehkan ia menggantikan Spotlight sebagai sistem carian peranti sedia ada.

Integrasi Dynamic Island turut bakal diberikan dengan label bercahaya menujukan ia sedang melakukan carian dengan kotak keputusan carian lebih besar dipaparkan selepas usai carian. Siri turut akhirnya akan memahami konteks peribadi yang telah dijanjikan sejak iOS 18. Kesemua ciri baharu ini dijangka diberikan sebelum penghujung 2026 dan besar kemungkinan akan diperlihatkan di WWDC 2026 pada 9 Jun depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved