[KEMASKINI] Tutup Linkedua: Dua lelaki kena reman 4 hari, seorang lagi sehari

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 1:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] Tutup Linkedua: Dua lelaki kena reman 4 hari, seorang lagi sehari

KULAI – Tiga lagi lelaki yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam insiden menutup laluan awam bagi memberi laluan kepada perlumbaan haram di Lebuh Raya Linkedua, di sini, Sabtu lalu, direman hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 24 hingga 41 tahun itu ditahan awal pagi tadi di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, seorang suspek direman selama empat hari, manakala dua lagi suspek masing-masing direman sehari bagi membantu siasatan.

“Tangkapan dibuat pada 26 Ogos 2026 dan kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Kulai bagi mendapatkan perintah reman. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tangkapan terbaharu itu menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan setakat ini berhubung kejadian berkenaan.

Sebelum ini, polis menahan lapan lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 45 tahun termasuk seorang pempengaruh permotoran pada Ahad lalu.

Kesemua mereka direman selama empat hari oleh Mahkamah Kulai bagi membantu siasatan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7 pagi membabitkan laluan dari Kilometer 33 (Susur Tol Senai) hingga Kilometer 31 (Susur Johor Premium Outlet).-KOSMO! ONLINE

The post [KEMASKINI] Tutup Linkedua: Dua lelaki kena reman 4 hari, seorang lagi sehari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved