Pelakon Indonesia, Revaldo Fefaldi, 44, sekali lagi berdepan kes dadah selepas ditahan pihak berkuasa kerana didakwa memiliki tiga paket syabu.
Menurut laporan CNN Indonesia, Revaldo ditahan di sebuah apartmen di Banten selepas pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam mengenai transaksi dadah yang berlaku di kawasan berkenaan.
View this post on Instagram
Hasil pemeriksaan, polis menemui tiga plastik klip bekas penggunaan syabu, tiga bong atau alat menghisap dadah, dua pemetik api yang telah diubah suai serta setengah butir alprazolam dan setengah butir Xanax.
Revaldo sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan berkaitan dadah sebanyak tiga kali.
Pelakon filem 30 Hari Mencari Cinta, Serigala Terakhir dan Panji Tengkorak itu pertama kali ditahan pada 2006 dan dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Pada 2010, Revaldo sekali lagi ditahan kerana kesalahan sama dan kali ini menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.
Selepas dibebaskan, dia kembali ditahan buat kali ketiga pada 2023 kerana kes berkaitan dadah.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Revaldo pernah mengakui dirinya kembali terjebak dengan dadah akibat ketagihan selain berdepan masalah kesihatan mental.
“Saya adalah penagih dadah yang pernah baik dan kembali menagih. Saya juga penagih dadah yang mempunyai masalah mental. Maaf saya cuma mahu sembuh,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Penahanan terbaharu ini sekali lagi mencetuskan perhatian terhadap perjalanan hidup Revaldo yang sebelum ini beberapa kali cuba bangkit daripada masalah ketagihan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Zahirah Nasihat Saya Jangan 'Menyalak' Balik, Buat Bodoh Saja Dengan Janda Saya" - Zainol MacWilson
The post Pernah Dipenjara 7 Tahun, Pelakon Lelaki Sekali Lagi Ditahan Miliki Dadah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





