Kematian Nur Qaira Alisha, Fadhlina Arah Unit Integriti KPM Ambil Tindakan Lanjut

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 9:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kematian Nur Qaira Alisha, Fadhlina Arah Unit Integriti KPM Ambil Tindakan Lanjut

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, telah mengarahkan Unit Integriti kementeriannya untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kematian seorang murid sekolah di Kedah, Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan, 11.

Fadhlina dalam satu kenyataan berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah juga telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh keluarga.

"Saya mengikuti dengan penuh rasa dukacita pemergian Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha binti Ahmad Ilwan. Saya merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga atas kehilangan yang amat berat ini.

"Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh keluarga.

"Saya juga telah mengarahkan Unit Integriti untuk mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak," katanya.

Image from: Kematian Nur Qaira Alisha, Fadhlina Arah Unit Integriti KPM Ambil Tindakan Lanjut

Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius setiap perkara yang melibatkan keselamatan dan kebajikan murid.

Baca juga:

"Keutamaan KPM pada masa ini adalah untuk memastikan keluarga diberikan ruang serta sokongan yang sewajarnya dalam menghadapi kehilangan ini.

"Semoga keluarga Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved