Kemboja nafi waran tangkap terhadap PM Thailand

WorldPolitics
28 Aug 2026 • 5:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kemboja nafi waran tangkap terhadap PM Thailand

PHNOM PENH: Kemboja menafikan dakwaan bahawa pihaknya sedang menyediakan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, atau pegawai Thailand lain berhubung lawatan ke kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Jurucakap kerajaan Kemboja, Pen Bona, berkata dakwaan berhubung tindakan pendakwaan itu berpunca daripada ulasan pihak bebas dan bukan pendirian rasmi kerajaan.

Beliau berkata, Phnom Penh kekal komited menyelesaikan pertikaian sempadan dengan Thailand secara aman menerusi proses undang-undang dan mekanisme yang dipersetujui kedua-dua negara.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan media Thailand bahawa Kemboja didakwa sedang mempertimbangkan untuk mendakwa Anutin kerana memasuki wilayah negara itu ketika melawat kawasan berkenaan pada 23 Ogos.

Kawasan itu dikenali sebagai Chong An Ma di daerah Nam Yuen, wilayah Ubon Ratchathani, Thailand, manakala Kemboja menamakannya An Seh.

Phnom Penh mendakwa kawasan berkenaan merupakan sebahagian daripada daerah Choam Ksan di wilayah Preah Vihear.

Bagaimanapun, tiada mahkamah atau agensi kerajaan Kemboja mengumumkan sebarang pertuduhan atau mengesahkan pengeluaran waran tangkap terhadap Anutin atau pegawai Thailand lain.

Dakwaan mengenai kemungkinan waran tangkap itu timbul selepas sebuah artikel diterbitkan Pusat Dokumentasi Kemboja, pertubuhan bukan kerajaan yang bebas.

Artikel berkenaan mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap Anutin berhubung lawatannya ke kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Kerajaan Kemboja bagaimanapun menegaskan pandangan dalam artikel tersebut tidak mewakili dasar atau pendirian rasmi Phnom Penh.

Pertikaian mengenai kawasan sempadan itu kekal menjadi isu antara kedua-dua negara, yang sebelum ini bersetuju menggunakan saluran undang-undang dan mekanisme bersama untuk menyelesaikannya.

Phnom Penh turut menegaskan sebarang penyelesaian terhadap pertikaian berkenaan perlu dibuat secara aman dan mengikut mekanisme yang dipersetujui kedua-dua pihak.- AGENSI

The post Kemboja nafi waran tangkap terhadap PM Thailand appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved