Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak jejas hubungan, pentadbiran Kerajaan Persekutuan - Fahmi

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak jejas hubungan, pentadbiran Kerajaan Persekutuan - Fahmi
Fahmi

KUALA LUMPUR - Kemelut politik dan pentadbiran di Negeri Sembilan yang berlaku ketika ini tidak menjejaskan hubungan antara parti dalam Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu yang juga jurucakap Kerajaan Madani, berkata, isu berkenaan, yang antara lain melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri tidak mengganggu perihal pentadbiran di peringkat Persekutuan.

"Waktu ini (kemelut itu) tidak beri kesan kepada (kerajaan) Persekutuan. Ini satu perkara yang mungkin unik kepada Negeri Sembilan, tapi di peringkat Kerajaan Perpaduan kita semestinya sangat prihatin tentang apa yang sedang berlaku.

"...dan di peringkat pimpinan, kita tahu PH Negeri Sembilan telah membuat pengumuman semalam dan di peringkat pusat, saya percaya pimpinan akan menetapkan hala tuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Keselamatan Dalam Talian Asia Pasifik 2026 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. - Bernama