SANDAKAN: Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang memperhebat usaha menjalin kerjasama strategik dengan sektor swasta bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung atlet negara, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata kejohanan sukan peringkat kebangsaan atau antarabangsa hanya boleh diadakan di satu lokasi pada satu-satu masa, yang menyebabkan atlet dari negeri lain sering perlu mendapatkan dana tambahan untuk ikut serta.
“Jika kejohanan diadakan di Sabah atau Sarawak, atlet dari Semenanjung Malaysia perlu mencari dana.
“Jika di Kuala Lumpur, maka atlet dari Sabah pula perlu melakukan perkara sama. Ini adalah perkara biasa,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Beliau berkata sejak 2023 Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu seperti Geran Padanan Sukan dan Dana Sukan Komuniti bagi menggalakkan lebih banyak kejohanan dianjurkan di peringkat tempatan.
“Oleh itu, adalah penting untuk kita menaik taraf kemudahan. Tanpa kemudahan yang dinaik taraf, Sandakan tidak boleh menjadi tuan rumah acara besar. Tetapi dengan kemudahan baharu, Sandakan boleh memohon geran dan dana untuk menjadi venue penganjuran,” katanya.
Beliau menambah peranan persatuan sukan juga amat penting dalam mengaktifkan kejohanan kerana tanpa penglibatan mereka, peluang seumpama itu tidak dapat direalisasikan.
Bagi meringankan kos perjalanan, KBS turut bekerjasama dengan Malaysia Airlines yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi tiket penerbangan untuk atlet yang disahkan.
Selain itu, insentif cukai sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan latihan sukan turut diperkenalkan manakala atlet juga boleh memohon bantuan melalui Dana Kawasan atau Dana Pembangunan Sukan.
Hannah turut menggesa wakil rakyat – Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri – agar memainkan peranan mereka dalam menyalurkan bantuan kewangan kepada atlet di kawasan masing-masing.
“Perbelanjaan sukan semakin meningkat kerana banyak kejohanan melibatkan kos yang tinggi. Semua pihak ada peranan dalam membantu menampung dana atlet kita.
“Saya juga berharap suatu hari nanti kos penerbangan domestik dapat dikurangkan,” katanya.