Tun M muncul di sambutan Hari Kebangsaan 2026 dengan berkerusi roda

LocalPolitics
31 Aug 2026 • 1:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tun M muncul di sambutan Hari Kebangsaan 2026 dengan berkerusi roda

PUTRAJAYA: Biarpun berkerusi roda, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melepaskan peluang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Kehadiran Tun Dr Mahathir mencuri tumpuan ramai apabila dilihat melambaikan tangan ke arah pengunjung sambil duduk di atas kerusi elektrik.

Detik itu dikongsi Tun Dr Mahathir menerusi video penstriman langsung TikTok menerusi akaun @chedetofficial.

Tokoh negarawan berusia 101 tahun itu turut menyantuni orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan itu malah, ada yang turut berswafoto dengan bekas Perdana Menteri itu.

Ini bukan kali pertama Tun Dr Mahathir menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya namun, berbeza tahun ini kerana beliau hadir dengan berkerusi roda.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh di kediamannya.

Selain itu, pada tahun lalu, negarawan itu pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan sewaktu program Picnic & Potluck sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir dalam hantaran di media sosialnya memuat naik ucapan Selamat Menyambut Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan ke-69.

“Selamat Menyambut Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang ke 69, Malaysia,” katanya. – UTUSAN

The post Tun M muncul di sambutan Hari Kebangsaan 2026 dengan berkerusi roda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved