Kementerian tidak boleh berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan – Akmal Saleh

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 11:06 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kementerian tidak boleh berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan – Akmal Saleh

PETALING JAYA: Setiap projek pembangunan bagi mana-mana kementerian mestilah mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, mana-mana kementerian tidak boleh berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan Kementerian Kewangan walaupun peruntukan telah ditetapkan.

“Maknanya, Kementerian Kewangan akan meneliti dan melihat dari segi kemampuan kewangan sama ada cadangan pembangunan itu boleh dilaksanakan ataupun tidak.

“Jika boleh, barulah Kementerian Kewangan memberikan kelulusan dan kementerian yang memohon bertindak sebagai badan pelaksana,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata, perbelanjaan yang melebihi jumlah peruntukan disediakan juga mesti mendapat kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan oleh mana-mana kementerian.

“Bukan hanya KKDW sahaja yang perbelanjaannya melebihi jumlah yang diperuntukkan. Ada juga kementerian lain yang perbelanjaannya melebihi jumlah peruntukan.

“Contohnya Kementerian Pendidikan pada tahun 2024. Jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM58.726 bilion, tetapi jumlah yang dibelanjakan adalah sebanyak RM59.871 billion,” katanya.

Beliau berkata, isu dibangkitkan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri bukan berkaitan kementeriannya berbelanja sesuka hati melebihi peruntukan ditetapkan namun projek yang dipohon sudah diberikan kelulusan Kementerian Kewangan tetap ia tidak sampai kepada KKDW. –UTUSAN

The post Kementerian tidak boleh berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan – Akmal Saleh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved