Kemuka butir matan palsu RM200 juta: Reman pengurus syarikat disambung lagi

LocalBusiness & Finance
3 Oct 2026 • 3:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kemuka butir matan palsu RM200 juta: Reman pengurus syarikat disambung lagi
Reman suspek disambung lagi bagi membantu siasatan kes.

PUTRAJAYA - Pengurus syarikat yang ditahan sebelum ini disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan pengurangan cukai bernilai kira-kira RM200 juta.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan Majistret Illya Syaheedah Mohd Razif di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek direman bermula 4 hingga 6 Oktober ini, selepas tempoh reman asal selama tiga hari yang bermula Khamis lalu tamat hari ini.

Media sebelum ini melaporkan siasatan SPRM terhadap pengurus syarikat sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan korporat itu turut membawa kepada penggeledahan di 12 lokasi membabitkan premis pejabat dan kediaman suspek.

Dalam operasi itu, SPRM menyita 25 kenderaan mewah yang keseluruhannya dianggarkan bernilai kira-kira RM25 juta.

Empat akaun peribadi dan tiga akaun syarikat turut dibekukan, membabitkan nilai kira-kira RM3 juta.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved