Penceramah motivasi direman bantu siasatan kes gangguan seksual

3 Oct 2026 • 8:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penceramah motivasi direman bantu siasatan kes gangguan seksual
Polis sahkan penagahan reman tersebut.

KANGAR - Seorang penceramah motivasi direman dua hari bermula pada Sabtu bagi membantu siasatan kes berkaitan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan reman itu.

Pada Jumaat, media melaporkan polis menerima satu laporan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak membabitkan seorang penceramah motivasi pada 26 September lepas.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim dipetik sebagai berkata, laporan itu diterima pada 2.09 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Hamzah berkata polis turut meminta penceramah motivasi itu hadir ke balai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk memberikan kerjasama dan keterangan berhubung kejadian itu. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved