Kemunculan Cahaya Pelik Di Langit JB Undang Spekulasi Netizen, Rupa-rupanya…

Entertainment
27 Mar 2023 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lepas tular sebuah video penampakan cahaya unik di langit Johor Bahru pada waktu malam.

Ramai yang berspekulasi dan ingin tahu apakah cahaya yang berwarna kemerah-merahan di langit selatan tanah air itu.

image is not available

Terdapat juga beberapa video dan gambar cahaya tersebut yang sempat dirakamkan oleh penduduk sekitar.

Difahamkan, fenomena tersebut dikenali sebagai light pillars atau tiang cahaya. Ia terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang dan dikelilingi oleh air.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), ketika kejadian tersebut suhu atmosfera sangat sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Manakala suhu di permukaan Bumi pula sangat panas. Pertembungan kedua-dua keadaan itu katanya menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit.

Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub atau polar. Fenomena itu juga boleh berlaku di mana sahaja, sebagai contoh pada tahun 2017 sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah telah menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku ini,” tulisnya.

Selain itu, difahamkan cahaya yang dipantul daripada bot-bot nelayan juga boleh mencetuskan fenomena yang sama.

Cantik lah!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.