Kenaikan 136% harga saham HE Group menyebabkan ruang peningkatan semakin terhad - Maybank IB

Business & Finance
19 Aug 2026 • 10:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kenaikan 136% harga saham HE Group menyebabkan ruang peningkatan semakin terhad - Maybank IB Image from: Kenaikan 136% harga saham HE Group menyebabkan ruang peningkatan semakin terhad - Maybank IB amree19/08/2026 - 10:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Ogos — Kenaikan harga saham sebanyak 136% sejak awal tahun menyebabkan ruang peningkatan saham HE Group Berhad semakin terhad, menurut analisis Maybank Investment Bank

 

Bagaimanapun firma penyelidikan itu menambah, prospek pendapatan kumpulan berkenaan dilihat semakin kukuh berikutan momentum banyak projek baharu dan perkembangan sektor pusat data (DC).

 

Justeru, ia menurunkan saranannya terhadap saham syarikat itu kepada 'pegang' daripada 'beli' atas faktor penilaian, namun menaikkan harga sasaran (TP) kepada 96 sen daripada 80 sen sebelum ini.

 

"Unjuran ini selepas diambil kira peningkatan gandaan penilaian HE Group kepada 18 kali nisbah harga kepada pendapatan (P/E) FY27 daripada 15 kali sebelum ini," jelas Maybank IB dalam notanya.

 

Katanya, keputusan kewangan 1HFY26 adalah sejajar dengan jangkaan apabila keuntungan bersih teras sebanyak RM7.7 juta mewakili 41% daripada unjuran keuntungan setahun firma penyelidikan tersebut.

 

Prestasi lebih baik itu disokong pertumbuhan keuntungan bersih suku kedua 2026 sebanyak 61% tahun ke tahun (YoY) dan 99% suku ke suku (QoQ) kepada RM5.1 juta, sekali gus meningkatkan keuntungan bersih 1H26 sebanyak 27% YoY kepada RM7.7 juta.

 

HE Group_DagangNews2026

 

Tidak termasuk item luar biasa, keuntungan bersih teras 1H26 turut meningkat 31% YoY, didorong pertumbuhan hasil sebanyak 14% YoY susulan peningkatan tuntutan kemajuan projek yang sedang dilaksanakan, khususnya projek berkaitan pusat data di Cyberjaya yang hampir siap.

 

"Margin keuntungan kasar (GP) turut meningkat 2.2 mata peratusan kepada 21.9%, mencerminkan gabungan projek yang lebih menguntungkan serta pengurusan kos yang lebih baik," kata Maybank IB.

 

Dari sudut prospek, firma penyelidikan itu menjangkakan prestasi HE Group akan bertambah baik pada separuh kedua 2026 apabila pelaksanaan dan peningkatan skala projek sedia ada mula menyumbang lebih ketara kepada pendapatan kumpulan.

 

Pada Ogos 2026, buku pesanan HE Group berjumlah RM292 juta, bersamaan kira-kira 2.4 kali ganda hasil FY25, sekali gus memberikan keterlihatan pendapatan yang kukuh bagi tempoh akan datang.

 

Maybank IB berkata momentum memperoleh kontrak baharu dijangka berterusan dengan nilai kemenangan kontrak baharu tahun sehingga kini sebanyak RM268 juta, manakala syarikat mempunyai nilai bidaan sekitar RM1 bilion yang sebahagian besarnya terdiri daripada projek pusat data. Firma itu mengekalkan unjuran nilai penggantian kontrak sebanyak RM350 juta bagi FY26E.

 

Selain pertumbuhan industri pusat data (DC), prospek HE Group turut disokong jangkaan peningkatan aktiviti projek berkaitan industri semikonduktor. Namun, Maybank IB mengingatkan bahawa kenaikan harga saham yang ketara telah mengehadkan potensi peningkatan selanjutnya, menyebabkan penilaian semasa dilihat kurang menarik walaupun asas perniagaan kekal positif.

 

Maybank IB menegaskan penurunan saranan kepada 'pegang' daripada 'beli' dibuat semata-mata atas pertimbangan penilaian selepas kenaikan harga saham yang kukuh, dengan TP 96 sen mencerminkan 18 kali P/E FY27E, iaitu pada paras premium berbanding purata rakan sektor kejuruteraan dan pembinaan (M&E). - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved