Harga saham Powerwell naik 16.3% dorong Apex Securities turunkan saranan kepada 'pegang'

Business & Finance
18 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Harga saham Powerwell naik 16.3% dorong Apex Securities turunkan saranan kepada 'pegang' Image from: Harga saham Powerwell naik 16.3% dorong Apex Securities turunkan saranan kepada 'pegang' amree18/08/2026 - 11:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Ogos — Kenaikan mendadak harga saham Powerwell Holdings Berhad kira-kira 16.3% sejak 30 Julai 2026 menyebabkan ruang kenaikan semakin terhad, menurut analisis Apex Securities.

 

Perkembangan tersebut mendorong firma itu menurunkan saranan sahamnya kepada 'pegang' daripada 'beli', namun masih mengekalkan pandangan positif terhadap prospek pertumbuhan jangka sederhana.

 

Penilaian itu disokong kerja pembangunan pusat data (DC) dan prasarana kecerdasan buatan (AI), pelesenan Siemens bagi sistem voltan rendah (LV) dan sederhana (MV) serta pengembangan operasi.

 

"Saham Powerwell mencecah paras tertinggi 52 minggu RM1.05 secara harian pada 17 Ogos sebelum ditutup RM1.03, menghampiri harga sasaran (TP) RM1.10 yang diunjurkan kami," kata Apex Securities.

 

Menurutnya, saham tersebut menutup sebahagian besar jurang TP dalam tempoh hanya beberapa minggu, walaupun belum ada perkembangan operasi baharu ketara bagi menyokong penilaian semula tersebut.

 

Justeru ujar firma tersebut, penurunan saranan itu didorong faktor penilaian berbanding perubahan terhadap pandangan asas syarikat, dengan dikekalkan TP RM1.10 serta unjuran pendapatan sedia ada.

 

Powerwell_DagangNews2026

 

Dari perspektif pertumbuhan jelas Apex Securities, Powerwell dijangka meraih manfaat perkembangan pesat DC dan kitaran pelaburan infrastruktur AI yang menyediakan peluang hasil jangka panjang.

 

"Pelesenan penuh Siemens bagi sistem LV dan MV serta pengalaman operasi 40 tahun menjadi kelebihan dalam merebut peluang berbanding pesaing lain dengan tahap pensijilan yang lebih terhad," katanya.

 

Selain itu, pengambilalihan Tenaga Kenari dijangka menyediakan hasil baharu, manakala pengembangan kapasiti pembuatan di Indonesia akan memanjangkan ruang pertumbuhan di luar pasaran Malaysia.

 

Apex Securities tidak membuat sebarang perubahan terhadap unjuran pendapatan Powerwell ketika ini dan akan menilai semula selepas keputusan kewangan 1QFY27, dengan tumpuan kepada prestasi hasil.

 

Firma itu namun memberi amaran risiko prospek kumpulan berkenaan termasuk kelembapan pemberian projek, penyusutan pelaburan infrastruktur AI serta kelewatan pembangunan DC yang berskala besar.

 

"Selain itu, kekangan bekalan elektrik dan perubahan kawal selia yang memberi kesan kepada pembangunan DC turut menjadi cabaran untuk perlu dipantau pelabur," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved