Kenang jasa Kapten Zainol Afiq, PM Anwar jamin keluarga mangsa nahas helikopter terbela

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 5:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan memastikan keluarga juruterbang Zainol Afiq yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak mendapat bantuan sewajarnya.

Keluarga empat petugas kesihatan turut diberi perhatian

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar menyatakan keluarga empat petugas kesihatan yang turut terkorban dalam nahas itu juga akan diberi perhatian dan pembelaan.

Beliau berkata demikian selepas menghubungi bapa Allahyarham, Bee Sham Ahmad, bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga.

Anwar turut mengimbau kenangannya bersama Zainol yang pernah menerbangkannya ketika kempen PRU15.

“Tatkala menghimbau kenangan sewaktu Allahyarham bertanggungjawab menerbangkan saya ketika kempen PRU15 lalu menjadikan saya sangat tersentuh dan mengesankan sanubari yang terdalam,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Kapten Zainol seorang yang sopan & tinggi adab

Menurut Anwar, Zainol seorang yang sopan dan tinggi adabnya, termasuk sentiasa menghulurkan salam kepadanya sebelum dan selepas penerbangan.

Beliau turut mendoakan agar keluarga dan waris semua mangsa diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi kehilangan itu.

“Ingatan dan doa saya, Azizah serta keluarga sentiasa bersama seluruh keluarga dan waris mangsa.
“Semoga Allah SWT mengasihani mereka, mengampun segala dosa mereka, melimpahkan rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan para syuhada.
“Malaysia meratapi pengorbanan dan limpah bakti mereka kepada negara,” katanya.

Image from: Kenang jasa Kapten Zainol Afiq, PM Anwar jamin keluarga mangsa nahas helikopter terbela

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang semalam, helikopter BO-105 yang dikendalikan Zainol terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram.

Helikopter berkenaan digunakan untuk perkhidmatan doktor udara dan ketika kejadian membawa empat petugas Kementerian Kesihatan.

Nahas itu mengorbankan Zainol bersama keempat-empat petugas kesihatan terbabit.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved