“Kenapa awak sentuh saya? Saya perempuan tahu?” – Tular Video Didakwa Inspektor Sheila Mengamuk Lagi

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 5:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Nama Inspektor Sheila sekali lagi menjadi tumpuan apabila tular lagi satu rakaman video memaparkan seorang wanita berpakaian kemas iaitu berkemeja dan kot didakwa menimbulkan kekecohan di sebuah gerai makan.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, wanita berkenaan dilihat bertegang urat dengan seorang lelaki dipercayai pemilik gerai berkenaan sehingga meraih perhatian pelanggan di situ.

“Kenapa awak sentuh saya? Kenapa sentuh saya? Apa hak awak sentuh saya?” soal wanita itu berulang kali.

Dia turut mengajak peniaga terbabit untuk bergerak ke kawasan lain bagi menyelesaikan isu berbangkit antara mereka.

Namun, seorang wanita yang dipercayai pasangan kepada peniaga terbabit cuba untuk meredakan situasi namun kedua-dua mereka terus bertikam lidah.

“Kenapa dia sentuh saya? Awak tanya dia. Kalau saya kecoh, awak nak sentuh saya?” soalnya lagi.

Dengan nada tegasnya, wanita itu menuntut permohonan maaf daripada peniaga terbabit.

“Boleh minta maaf atau tidak? Kenapa awak sentuh saya? Saya perempuan tahu?” katanya.

image is not available
image is not available

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada video berkenaan adalah kejadian baharu atau sebaliknya.

Semalam, pegawai polis wanita yang digantung tugas dikenali Inspektor Sheila didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, minggu lalu.

Inspektor Sheila bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo!

Sumber: TikTok Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.