Orang Kelantan tak relaks, kedai emas terus ‘diserbu’

LocalBusiness & Finance
31 Oct 2026 • 5:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Orang Kelantan tak relaks, kedai emas terus ‘diserbu’

PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya peminat barangan kemas semakin ‘ghairah’ menyerbu kedai emas ekoran penurunan harga sejak beberapa hari lalu.

Fenomena itu dapat dilihat apabila beberapa premis di Kelantan masih diserbu orang ramai hari.

Menerusi satu klip video yang dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Annesnatasha, kelihatan sebuah kedai emas di negeri itu dipenuhi pengunjung sehingga ada yang terpaksa beratur.

“Kelantan tak relaks,” tulisnya pada kapsyen klip video tersebut.

Menerusi komen balas pada hantaran itu, beberapa pengguna mendakwa bahawa orang Kelantan sememangnya suka membeli emas.

“Pemandangan biasa di kedai emas Kelantan. Tak kira murah ke mahal ramai sokmo (setiap masa),” tulis @anithfath.

“Banyak pitis (duit) weh,” kata Nur_sarra79.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Suesoraya92.

“Kedai ni murah ke? Ramai dooh (sangat) serbu,” katanya.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, harga emas di Kelantan turun mendadak sehingga ke paras RM496 segram.

Situasi itu menyebabkan pengunjung dari luar termasuk Thailand menyerbu kedai emas di sekitar negeri itu.-KOSMO! ONLINE

The post Orang Kelantan tak relaks, kedai emas terus ‘diserbu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved