“Kenapa nak kena kurung?” – Pelajar Darjah 1 Didakwa Diletak Dalam Bilik Berpagar Besi Untuk ‘Pengasingan’

Entertainment
27 Jun 2023 • 5:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak cara dan kaedah yang dilakukan oleh guru-guru bagi mendidik anak murid agar lebih senang untuk meningkatkan kefahaman mereka.

Namun, ada beberapa perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dan boleh merosakkan keyakinan pelajar, seperti yang tular baru-baru ini apabila seorang murid darjah satu dikatakan dikurung oleh gurunya untuk ‘pengasingan’.

Tweet yang dikongsikan oleh @AzuanMekanik itu memaparkan keadaan bilik itu yang berada di kawasan luar sekolah dengan pagar besi seakan sel penjara.

Dapat dilihat dalam bilik berkenaan terdapat kotak elektrik (DB Box) dan beberapa barangan pembersihan.

image is not available

image is not available

Bercakap kepada Lobak Merah, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di Kota, Negeri Sembilan.

Dalam tangkap layar yang dimuat naik itu, difahamkan bapa kepada pelajar itu bertanya jika benarkah anaknya dikurung dan guru berkenaan mengaku dia bertindak sedemikian.

“Rosak emosi pelajar tu”

Perkara itu mendatangkan kemarahan ramai netizen, ramai yang merasakan apa pun alasan guru itu ianya masih melampaui batas.

image is not available

Tindakan sebegitu bukan sahaja akan merosakkan emosi pelajar itu malah ia juga mengancam keselamatan pelajar memandangkan terdapat DB Box di bilik itu.

Selain itu, pengguna Twitter itu turut berkongsi anaknya juga terkesan dengan tindakan gurunya sehinggakan dia sudah tidak kelihatan ceria untuk ke sekolah.

image is not available

Kesiannya anak murid tu, harap pihak sekolah boleh beri penjelasan…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.