“Kenapa Sikit Sangat ‘A’?” – Ibu Tak Puas Hati Dengan Keputusan SPM Anak Walaupun Dapat 12A

18 Jun 2022 • 10:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, ramai pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menghelakan nafas lega selepas mengetahui keputusan masing-masing, tambahan pula keputusan yang diperoleh memuaskan.

Bagaimanapun, melalui perkongsiaan personaliti TV3 iaitu Fedtri Yahya di laman Twitter terbaharu telah menarik perhatian ramai apabila ia memaparkan sikap seorang ibu yang tidak bangga dengan keputusan yang diperoleh oleh anaknya.

Biarpun mendapat keputusan yang amat baik, ia sama sekali tidak diraikan oleh si ibu, malah mempertikaikan jumlah ‘A’ yang diperoleh.

Di dalam perkongsian cerita itu juga, pelajar tersebut jelas sekali berasa terkilan dengan apa yang dilakukan oleh si ibu dan berasa cemburu melihat ibu-ibu pelajar lain mempunyai sifat ‘supportive’ terhadap anak mereka.

Dalam padpa masa yang sama, pelajar berkenaan turut sempat meninggalkan pesanan buat ibu bapa diluar sana agar sentiasa berasa bangga serta hargai pencapaian anak mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Apa Kau Buat Masa 'Online Class'?" - Gembira 'Result' SPM 5G Masuk FYP TikTok, Ada Netizen Pertikaikan