“Siap tulis tangan”- Masih Relevan Hingga Kini, Ini Nasihat Arwah Sudirman Kepada Lepasan SPM Dulu-dulu

Entertainment
18 Jun 2022 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Keputusan peperiksaan SPM 2021 telah pun diumumkan pada Khamis lepas. Tahniah kepada semua calon atas keputusan korang semua.

Mesti ramai yang masih buntu nak sambung belajar dalam jurusan apa lepas ni kan. Mungkin ada yang tak tahu sama ada nak ikut minat masing-masing atau nak ikut cakap ibu ayah untuk belajar course yang mereka cadangkan.

Jangan pening-pening kepala, ikut sahaja nasihat dan tips yang pernah dikongsikan oleh Arwah Sudirman Hj Arshad kepada lepasan SPM pada suatu ketika dulu.

image is not available

Menurut Facebook Datuk Sudirman Haji Arshad, penyanyi terkenal Malaysia itu pernah menulis surat dengan tulisan tangan kepada salah seorang peminatnya yang pada ketika itu baru sahaja menerima keputusan SPM.

image is not available

Surat berkenaan difahamkan telah ditulis untuk peminatnya yang dikenali sebagai Azhar dan dalam tulisan itu, beliau menasihatkan pelajar berkenaan untuk memilih jurusan mengikut minat, kemahiran dan kemampuan diri sendiri.

Beliau turut menceritakan di mana beliau memang memiliki ijazah dalam jurusan undang-undang namun memilih untuk menjadi penyanyi kerana minatnya.

Korang boleh baca sendiri surat tulisan penyanyi lagu popular ‘Balik Kampung’ ini.

image is not available

Selain itu, ada juga tips lain tentang halatuju selepas SPM untuk peminatnya itu.

image is not available

image is not available

Walaupun perkongsiannya itu dah bertahun lamanya, namun nasihat berkenaan masih tetap relavan untuk diguna pakai oleh remaja zaman kini.

Jadi, untuk adik-adik, pilihlah jurusan yang diminati, barulah belajar pun happy je dan tak terasa macam dipaksa oleh orang lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.